Saturday, November 26, 2011

Puasa Sunat ~~ Salam Ma'al Hijrah 1433H~~

bila ada org tnya "hari apa yg disunatkan puasa?"..hmm teragak-agak jugak nk jawab ni...  kan?hehe
#jom sama-sama amalkan puasa sunat... insyaAllah kehidupan kita lg berkat ...

Senarai hari-hari yang disunatkan berpuasa :

a)   Puasa dalam bulan Sya’ban
b)   Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c)   Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d)   Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f)   Puasa pada hari Isnin & Khamis
g)   Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h)   Puasa satu hari berbuka satu hari (Puasa Nabi Daud a.s)
i)    Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang 

      sedang mengerjakan haji atau tidak.
j)   Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram 

      dan Rejab

Ramai juga yg kekeliruan pasal ni : puasa sunat pada hari SABTU dan AHAD.. status nya?
Ni jawapan dari seorang ustaz = "Kalau nak puasa hari jumaat atau sabtu kena puasa sehari selepas atau sehari sebelumnya. Kecualilah jika seseorang itu mengamalkan puasa Nabi Daud a.s. (iaitu berpuasa selang sehari) maka jika puasanya jatuh hari jumaat atau sabtu secara kebetulan tidak mengapa.."

Ada jugak yg confius pasal puasa ENAM hari dalam bulan Syawal tu... ada sahabat yg bertanya, "boleh ke kalau tak ganti puasa lg (puasa wajib-Ramadhan), kita boleh teruskan puasa ENAM tu??".. 
hmm susah kan nak jawab kalau kita sendiri pun confius...hehe.. setahu aku la, dari ilmu yg ade siket ni.. puasa ENAM tu boleh diteruskan tapi perlu disekalikan niat puas ganti (Ramadhan yg lepas)..kiranya kita akan dapat puasa ganti dan sunat serentak...macam tu laa... tapi if kite nak puasa sunat di bulan lain (dah lepas bulan Syawal dah ni), kita kena abiskan dulu puasa ganti tu dlu, barulah boleh puasa sunat, tak pun puasa dengan niat ganti dan sunat serentak kalau hari yang kita nak puasa tu jatuh pada hari yg disenaraikan sunat berpuasa.. maksudnya, apa-apa pun dahulukan yg wajib (ganti puasa) dari yg sunat... boleh paham ke ape yg aku tulis nih?hehehe... 
#correct me if i'm wrong ~~

Di kesempatan ni, nak ucapkan ....
~Salam Ma'al Hijrah~ ^_^ 
... untuk semua muslimin dan muslimat ...  

Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah membuktikan bhw perjuangan Islam tidak berakhir pada pelaksanaan amal Islami di peringkat individu shj,bahkan lebih jauh iaitu mewujudkan sebuah pemerintahan dan pentadbiran negara yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah..
"Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu Muharram-.. Sebaik-baik solat setelah solat wajib adalah solat malam" 
(Hadith Riwayat Muslim)
 Be careful of your thoughts, for your thoughts become your words.
Be careful of your words, for your words become your actions.
Be careful of your actions, for your actions become your habits.
Be careful of your habits, for your habits become your character.
Be careful of your character, for your character becomes your destiny 
#semoga penghijrahan kita pada tahun baru ni lebih bermakna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...